Pages

Jan 2, 2015

Twenty 14

sambil dengar lagu shower aku cuba kerahkan idea sebaik mungkin untuk hasilkan entri 2014 malam ni. aku suka ah dengar lagu ni. sedap. dia happy tau. hahahah. aku rasa entri lepas aku dah bagitau cemana aku menjayakan lagu ni. 

la de la da la daaa~~

hahahaha. 

permulaan yang ceria untuk 2015. tahun 2015 memang kena ceria. sepressure mana hidup ko dan aku (peh) kena ceria! 

year of happiness katanyaa.

nampak tak aku dah menyimpang sikit sikit dari tajuk asal? aku ni kalau tak dikawal. memang lari topik kelaut mati la weh. ok ehem. 

jadi marilah kita pecahkan poin poin hidup pada 2014 yang baru saja berlalu like angin lalu supaya lebih mudah untuk kita bebelkan. 

1. kerjaya
kerjaya di syarikat Y pada awal tahun 2014 berjaya melonjakkan gaji aku dengan banyak sikit sikit. tapi masih tak dapat tandingi target 5 tahun aku la. hahahah. sengal. kejadian kenaikan ni akan dirahsiakan sampai bila bila. haha. tapi ini adalah kesalahan paling bernasib baik la weh. stress keje? gila ke ada keje tak stress? kalau ko suka keje ko pun. mesti stress punyalah. cuma ceman ko handle stress kot. tahun 2014 aku kena hadap audit untuk pertama kalinya dalam hidup. ko tak tensen ke? tensen tau bila kena audit. hoohoo. tapi bos baik kan? yang positif yang tak pandang kesalahan ko as kesalahan tapi pandang as ko budak baru yang layak diberi pelajaran bukan hedikan. 

so ok la. 

aku harus bersyukur pada tuhan. 

2. kawan
aku nak buat entri satu pasal kawan. tapi dah masuk dalam list ni. so mungkin part ni akan panjang sikit (kot).

sampai sekarang aku tertanya. macam mana seseorang tu jatuh status as 'kawan?' apa ciri? apa indikator? contoh nasi ayam dikategorikan as nasi ayam bila ada kicap. sup. ayam yang diperap. nasi yang dimasak bersama sup ayam bla bla. so tu adalah. pup. 

nasi ayam. 

kalau kawan? macam mana seseorang tu ko kategorikan as kawan ko? benda ni subjektif. semua orang ada ceklist memasing. aku rasa ceklist aku paling simple. 

untuk tahun ni hubungan aku dengan kawan kawan agak kurang best. entah. ada yang aku dah putus. dulu kawan baik. but then tetiba putus. ada yang gaduh baik gaduh baik gaduh baik. tapi yang putus tu la sedih sikit sebab macam ko dah lost contact dengan dia. dia pun tak contact ko. bila mesej cuba la happy happy tapi tak ada respon. ada sesetengah orang tak ada sense. iye aku tau aku agak kasar atau terlalu berterus terang. tapi seseorang kata tu bukan weak poin aku. tu strong poin. i dono. tak semua rasa tu strong poin. oh ya! atau diri mereka tak cukup kuat atau strong (bukankah ini dua benda yang tiada beza?) untuk terima apa yang aku cakap. jenis aku. aku tak suka aku cakap. tapi well aku mungkin ada kelemahan dimana aku men cakapp je. tak cover.

tahun ni boleh la cakap tahun penat pujuk kawan. kawan kan? jauh jauh dia pun ko still rasa nak carik. tapi sedih tau bila ko citer sesuatu tapi tak ada respon. macam orang bodoh yang harapkan sesuatu. contoh ko dapat panggilan interview tapi tak ada respon. so macam tak best kan. tapi watodo. tapi yang makin menjauh tu..aku tak tau la nak buat apa. 

tu part tak best. yang best nya tahun 2014 ramai jugak la kawan aku yang tammatkan zaman bujang. tahun ni (2015) lagi banyak weh. bape banyak design baju aku kena buat aku punnn tak lah tau. sobs. malayang jauh jauh melayang duit aku. hahahaha. 

well benda benda ni banyak matangkan diri. dia macam ajar ko la yang manusia ni macam macam ragam. tapi faham tak? selama mana manusia mampu sabar selain adik beradik dia? dengan kawan yang senang je ada susah hilang ke mana? berbaloi ke ko nak bersabar? 

hahaha. 

3. hidup
kolum ni mungkin termasuk sekali diri sendiri. macam beberapa orang tahu. yang tahun ni aku kehilangan ayah untuk selama lamanya. ok meh sini aku cerita sikit apa perasaan. 

perasaan sampai hari entri ni ditulis. aku kadang kadang lupa. jujur aku cakap aku lupa arwah ayah aku dah tak ada. kadang kadang balik keje nampak motor dia. rasa macam eh ayah dah balik (hahah) tapi pastu terus istighfar. tekejut. dia lama lama terasa. hari pertama minggu pertama ko tak rasa sangat. lama lama ko rasa. masa tu ko akan rindukan suara dia. ko terbayang dia pernah duduk situ sini. dia selalu usik ko. 

tapi betul cakap gendut. tuhan tak uji ko kalau ko tak kuat. i mean dengan ujian sebesar ni kehilangan seseorang yang ko takkan jumpa dia dah selain ziarah kubur dan sedekahkan al fatihah.doakan untuk dia kat sana. kalau ko tak kuat. ko leh gila. ko leh murung.

alhamdulillah aku berjaya handle. 

mula mula aku rasa nak kaver depan adik beradik. tak nak nangis. pegi toilet baru nangis. tapi lama lama. aku boleh kawal emosi dah. orang kata kalau nak lepaskan. lepaskan je. tapi tak leh. aku kakak. aku tak leh lepaskan emosi sedih aku membuta tuli. walaupun aku seorang yang paling sayur dalam famili. hahaha (take note bakal suami) ego harus ada ma. 

ada ketika aku tak leh dengar lagu alleycat. sebab arwah selalu pasang lagu alleycat kat rumah. sedih tau.tuhan pun kalau uji ko. dia takkan tinggalkan ko sorang sorang. dia hantar sape sape atau apa apa medium untuk ko tengok dan dengar secara langsung atau tak langsung atau kebetulan untuk ko. bagi ko kuat semangat. contoh masa baru baru hari tu. tajuk kat tanyalah ustaz banyak yang pasal kematian la. macam apa ko nak buat kalau ahli keluarga ko meninggal. apa keadaan dia kat sana. apa yang ko boleh sedekahkan.

so benda benda tu membantu. 

mula mula ko memang perlukan sape sape untuk ko bercerita. masa ni ko nak borak dengan family semua tak ada mood. tapi sebab ko jenis nak borak. ko carik kawan kawan. masa ni mungkin ko banyak makan hati dan mula fikir benda yang tak penting macam penting. sebab ko nak bercakap tapi tak ada orang dengar. semua orang refuse tak nak dengar. sibuk kot. so masa ni ko sedih seorang diri sampai lah sorang tu cakap.

bila sampai masa semua akan kembali macam sedia kala. so jangan risau. jangan fikir pasal mereka. 

so baru nak masuk 2 bulan weh. dah nak 2 bulan lebih lebih la kot. kadang kadang aku lupa lagi. macam awal tadi aku cakap. aku masih lupa. bila mak aku ajak pegi kubur. aku terkejut. pastu tanya nak pegi kubur sape. ko tak rasa ke aku layak kena pukulan gulungan kertas? haha. bongok kan. 

so insyaallah jangan risau. dengan semua ni aku jadi semakin matang. dalam hidup. 

2014 temanya adalah year of money. yang membawa maksud aku harus pulun sepanjang tahun itu untuk mengumpul uang membeli apa yang aku rasa nak beli. Alhamdulillah. beberapa perkara berjaya aku beli (akhirnya). untuk beberapa perkara. boleh aku katakan 2014 adalah tahun dimana banyak perkara tak penting yang perlu aku sesalkan. haha ini macam pelik dan buang masa! kenapa ko nak sesalkan benda yang tak penting? well. benda yang tak penting pun boleh jadi pelajaran untuk diri sendir kan? so haruslah ada sedikit penyesalan dengan keputusan hampeh dari diri. in addition (pehh) tahun 2014 juga adalah tahun ketabahan. banyak pelajaran untuk jadi semakin tabah. baik ekonomi. kerja. hidup dan cinta.

cinta? jen jen jen~

2015 temanya adalah happiness! insyaAllah! 

hehe



2 comments:

  1. suka lagu tu jugak!!la de la da la daaaa......* singing in the showerrrrrr!!!..sep sket! =D

    ReplyDelete