Pages

Jan 29, 2013

Perihal ini hari

Where there is desire 
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die 
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

Assalammualaikum.

lagu tema untuk hari ini atau bermula dari hari ini adalah lagu berjuduk berjudul 'try' nyanyian pink.semalam gigih suruh haris analisis lagu ni pasal ape.hahaha.over.lagu ni sedap!

sedap macam ayam.

lagu ni menjadi halwa telinga aku dari pagi tadi.sejurus aku memulakan job aku as driver.yeah.love this job ketat ketat.bhahaha.geli.

rutin untuk 2 minggu yang pendek ini adalah.menghantar mem mem besor ke destinasi kerja masing masing.yang ni job wajib buat.jalan ke semenyih yang sesak menyampah sampai nak muntah muntah tu.aku dah pro dah.dah pro jalan short cut je pun.dah bajet pukul berapa keluar rumah, hantar mak kat taman teknologi dan menuju ke semenyih.ok aku bajet 7.50 keluar rumah.hantar mak 10 minit.selebihnya drift ke semenyih.

selalunya aku drive balik ke rumah selepas hantar ayu.dari semenyih.dan disebabkan radio rosak.jadi aku hanya bergantung harap pada henpong.satu minat pelik.aku tak suka dengar lagu banyak banyak.aku pening.aku suka satu lagu je.dan lagu ikut citarasa.lagu aku je.dan pusing sampai muntah.tapi selalunya tak pernah muntah.orang sebelah aku je yang nak muntah.tapi tak boleh mohon tukar.sebab nanti jejaskan konsentrasi aku memandu.

dia berbeza bila dengar lagu kat radio dengan henpon.radio boleh terima dia tukar tukar.sebab istilah radio.entah.aku pun tak faham dengan minda aku.ok lupakan.

so bila dah sorang sorang.pasang volume macam orang gilak.pastu nyanyi sama sama.orang kiri kanan jeles tengok kedamaian aku bawak kete.sure sesangat lahh.tabiat memandu.aku tenang tenang je.sape nak potong.silakan.sape nak cilok.silakan.sape nak bawak slow slow.silakan.kadang kadang siap monolog.

"ai tak rushing rushing.uolls lah.sila sila.jalan jalan."

mana lah tak sakit hati driver yang drive belakang kete aku.hehe.

ok tugas baru aku bermula hari ini adalah survey hadiah.actually sedey dapat job dari haris ni.sebab nak pergi survey sorang sorang? oh sungguh sedeh.macam kesian je jalan sorang sorang survey hadiah orang kawin..pastu nak mintak pendapat sapeee.jalan jalan sorang soranggg.sedey aaaa.haris kejam! rasa nak pengsan lepas dapat job ni.aaaaaaa.T-T so terus cek list name kat henpon.adalah beberapa orang yang bakal dipaksa teman.tak ramai actually.sebab most of them kejeee. T-T hurm! boleh la teman aku sekali untuk persiapan internship.hahaha.suppose nak ajak adi.adik laki aku.sekali nak tengok citer mama kamis ni.tapi dia laki.budak pulak tu.tak sesuai.tak sejiwa nak ajak pergi carik hadiah kawin.idea entah hape hape.silap silap berjam jam aku dengan dia kat paksen pulak.macam kes beli langsir dengan dia suatu masa dulu.

selain itu.pada hari ini.aku diamanahkan oleh emak untuk hantar syira ke sekolah.selalunya acik yang menjaga dia yang hantar.but hari ni.aku la hantar.sebab syira kata nanti aku dah keje.tak dapat hantar dia.ok.ai tak kisah.ai hantar je lah.akak mithali kan.ehehe.

tapi last minit.uyun nak hantar.naik motor.offer diri pulak tu.dah la tak mandi lagi.membuta je dari pagi tadi macam ulat.almaklumlah.dah empat hari keje kat billion buat shift full.so hari kelima which is hari ini terus berazam untuk berhenti.

entah hape hape.mak aku dah malas nak cakap pape.

aku tak heran sangat uyun tu.dia memang macam tu.sampai mak aku cakap.tak tau dah ape keje yang sesuai dengan jiwa dia.dia kata bosan lah.lain gilaa gilaa dari paksen la.of kos la lain wehhh.dah nama pun billionn.pastu komen pasal orang orang dia la.aku cakap.semua tempat sama je.tak ada yang luar biasa.

sampai aku cakap.

"next time nak keje kat mana mana, jangan tanya orang pasal keadaan tempat keje tu.jangan tanya "ok tak keje kat situ".keje situ dulu.baru boleh bagi pendapat sendiri.sebab kalau orang cerita sebelum ko keje.takut persepsi ko kat tempat keje tu dah lain.so tak ada semangat.tak ada mood."

then baru nak angguk and mengaku.pastu tanya aku.

"ko rasa keje kat speedmart taman jasmin ok x?"

dan masa ni aku rasa...ada yang kena pelangkung aku karangg.

hari ni bosan.sangat sangat bosan.aku tak tau ape masalah dalam diri aku.hari ini jenuh carik orang main badminton.serius.kalau gila aku dah sampai.aku sanggup ke puncak alam semata mata main badminton dengan haris.sebab semua kawan kawan keje.uyun pun keje.kalau nak main kat kota kajang ni pun.main sorang sorang.silap silap aku ajar baby *kucing aku* main badminton sekali.

tu baru gila sikit.

pukul 11 setengah syira balik dari sekolah agama.ponnnnn bunyi hon cik ape ntah kat depan rumah.bingit telinga ai.sibuk suruh syira tukar baju mandi semua.lepas tu syira suruh aku tengok buku dia.ok tak faham.pas kat uyun.uyun gelak gelak.tengok tulisan syira.mujur dia separa faham.

arahkan uyun masak ayam.

"uyun, gorengkan ayam.aku dah keluarkan.basuh balik.pastu bubuh kunyit.bla bla bla.."

membebel macam mak tiri cinderella.eh lupa.uyun memang cinderella.dalam sayup sayup aku dengar uyun panggil syira.

"syira, garam mana eh?''

aku tak heran.uyun memang begitu. =.=

lepas arahkan uyun.arahkan syira mandi.jangan pakai baju sukan lagi.pakai baju main main.sebab nanti kotor.suruh syira makan.dan siap siap.perasan syira tak pakai bedak.

''tak pakai bedak ke? pakai la.akak dulu sekolah.berlapis lapis bedak akak pakai.baru lah cun.pakai pakai."

uyun dengar dan sambung.

"entah.krim lah menda lah.geli je"

aku balas

''bukan krim la.losyen.hahaha''

dah siap siapkan syira.pakaikan perfume pulak.kena wangi wangi! baru lah semangat! sebelum tu pilih mana minyak wangi yang wangi.cilok ayu punya sweetheart.setel.syira adalah pewaris aku.dalam empat orang adik beradik perempuan.hanya dialah yang berminat sama macam aku.haaa.so..tula.kita kenalah didik dia dari awal.kekeke.

aku tanya bawak duit tak? mana duit? pening lah jadi mak ni.adoi.aku dah kembali membebel macam mak tiri.tanya mana dompet sekolah kebangsaan.cekidaut.dalam dompet kosong! mana duit??

syira:ish.mak simpan laaa.
aku: takkan la tak ada langsung.tipu lah.
syira: eiii kak ecah ni.dalam tabung la. *sambil carik tabung*

aku dengan uyun dah gelak gelak dah.budak kecik ni.semua kena cekidaut.kalau tak.sebatang kara pergi sekolah! nak makan ape ntah.

aku: bawak dua ringgit tau.
syira: syira dah bawak roti la.
aku: mana roti? bawak dua ringgit.
syira: seringgit je la.takkan nak suruh syira belanja kawan kawan.

aku dah arghhhhh.budak kecik ni.

aku: dua ringgit.bagi akak dua ringgit.

syira keluarkan duit dari tabung rm2 dan bagi aku.aku masuk dalam dompet dia.

aku: jangan belanja orang.kalau ada baki.simpan.kalau seringgit takut tak cukup.
syira: yelahhh

aku dengan uyun dah gelak gelak.kedekut gila budak kecik ni.aku tak pasti harga sepinggan nasi goreng berapa.tapi aku selalu tanya dia beli ape.dia kata dia beli kentang goreng je.nonono.tak bagus.sampai aku kena ingatkan dia.

"jangan beli kentang.nanti perut masuk angin.beli nasik tau! nasik goreng ke ape ke.no kentang kentang.ok?"

pening.ni baru jadi kakak kepada adik yang berusia 7 tahun.belum jadi mak lagi.aigOo.tu satu hal.ni hal dengan tukang hantar.lambat siap.hantar syira jam 12.50.tapi aku tengok jam 12.43 uyun masih tengok tv.

aku: uyun ko pergi siap siap sekarang!! ko ada 7 minit je dari sekarang.cepat!
uyun: alah yelahhh.

pastu aku sambung membebel.kalau dah dengar aku membebel.petaka la maksudnya.membebel yang version gelabah punya.yang beria.seolah olah 7 minit tu 7 saat.seolah olah syira masuk kelas 7 saat lagi.sampai orang malas nak dengar.lalu buat dan gerak.saje je taktik aku tu.huah.pening kepala.kelam kabut ai jadinya.suruh syira pakai stokin siap siap.

aku: ko hantar depan kelas! jangan depan pagar! tau! tau!
uyun: iyeeeee
aku: ko jangan lupa beli tanah liat! aku bagi rm2.baki 60 sen ko amik buat belanja.
uyun: iyeeee
aku: helmet syira mana? mana? cepat pakai *sambil amik helmet syira* pakai pakai.panas.kena pakai helmet.safety safety.ingat uyun! hantar syira depan kelas! 
uyun: iyeeee

beberapa minit kemudian uyun balik.

aku: ko hantar depan kelas ke mana?
uyun: foyer.ada perhimpunan.
aku: ok good.eh petang nanti jom main badminton.ko tak keje kan?
uyun: tengok lah.aku balik interview kul bape.
aku: ko ni keje bila ni? pening la ko ni.
uyun: aku nak keje hari ni.tapi orang tu suruh start esok.dia suruh rehat.
aku: ok cun.boleh la main badminton.belakang ni je.
uyun: tengoklah.nanti ko kalah pulak.
aku: bla la kauuuu.tolong lah.muntah aku.
uyun: eh ko tak jemur kain eh?
aku: eh ada kain eh? tak pasan lah.ko pun tak jemur apesal.
uyun: aku baru perasan.jemur kain weh! tengah panas ni.
aku: ala tau laaa.nanti lah.banyak keje ni. *sambil hadap lappY*
uyun: jemur kain weh.aku nak pergi isi borang keje ni.
aku: iyeeee.petang ni badminton weh.no badminton aku tak nak jemur kain.
uyun: jemur kain wehhhh.
aku: ala yelah! 
uyun: pergi klinik kena bawak ic tak?
aku: kena lah! ape tak kena pulak.ko ni ...*membebel* dengan pertanyaan akhir.ko nak pergi klinik buat ape?
uyun: aaaaa.jumpa dokter la.aku kan tak sihat.nape? nak amik ubat untuk tambah stamina kau ke? *gelak gelak*
aku: ko kann.heyyy tak ada masa! petang ni badminton! bawak motor baik baik! ko pergi klinik mana ni?
uyun: semenyih *gelak gelak*
aku: dah dah.balik cepat! badminton!

fuh pening.hari ni semua orang buat aku pening.aku tak dapat bayangkan macam mana aku jadi mak.huah.so aku kena carik suami yang tenang tenang air dilaut gittew.oh actually aku didesak jemur kain sebab nanti permaisuri balik *mak kami* semua keje dah setel.tak bocor lah rahsia yang jemur kan jam 3 petang.bhahaha.dalam famili aku.aku sangat popular dengan istilah kurang cergas.manusia paling lembik dalam rumah ni adalah aku.angkat barang kalau beli belah.tak larat.separuh jalan.pastu jerit.helppp helppp.selalunya uyun atau akak aku atau adik aku tolong bawakkan.sebab kalau aku bawak.sah sah lambat dan...slow gila jalan.tu yang beria gelakkan aku pasal ubat stamina tu.lembik like sotong sangat.sekarang beria nak bersukan sebab nak intern.so risau dengan stamina diri yang lembik.aku amik inisiatif untuk bersenam.tapi tak bersenam sangat pongg.selain tu bab lintas jalan.aku pun paling tak reti.paling lemah! selalu semua orang dah setel lintas.tapi aku sorang sorang tertinggal.ada pernah uyun kena patah balik amik aku.bahahah! kakak yang kasihan.tapi drive aku suka.ai love driving.kekeke.

ok semua orang dah menuju destinasi aktiviti memasing.i'm alone.so nak siapkan kerja! nak buat popia untuk minum petang.auwww rajinnya! sambil dengar lagu ulang tayang bertajuk 'try ' nyanyian pink.wohooo.

xoxo!

You've gotta get up and try try try~~~
Gotta get up and try try try~~~
You gotta get up and try try try~~

1 comment:

  1. Lagu pink ni memang sedap sangat. suka! :)

    ReplyDelete