Pages

Jan 25, 2013

Mini rewang

Assalammualaikum.

minggu lepas.hari ahad.ada temujanji dengan hani.hani kawan sekolah dan kawan sekerja meden jugak.bahaha.temujanji untuk pergi berewang.kawan sekolah kami.shuhadah nak kawin sudah.so kami nak pergi menabur bakti lah kan.tolong dia.supaya jasa dikenang.ewah.hehe

sampai depan rumah hani.kedit habis.dan dan kedit habis.sepoil betul laa.sejak kebelakangan ni asik berhutang dengan maxis.aku sendiri pelik.mana entah perginya kedit aku.bukan aku mesej dengan orang sangat pun.hani dah sampai.mak oi.putih melepak bedaknya oi! kakaka.aku dah gelak gelak dah.siap ber-lip ice lagi.siap berhand bag lagi.macam ni kot gaya orang dah bekerja.kan hani? =P

hani macam aku jugak.sama sama kalut.haha.tapi hari tersebut bukti dia lagi kalut dari aku.hahaha.ke aku dah improve? hahaha.yes! masa nak pergi rumah shuhadah.aku terlepas simpang pertama.terus hani.jadi kalut betei.

eh ecah! awak salah simpang!!

aku dah gelak gelak dah.untuk orang yang pro jalan short cut kat kajang.don pandang rendah pada ai la.hahaha.tapi hanya dikawasan taman sendiri je la.haha

aku: depan pun boleh la wakkk...
hani: eh aah la.hahaha.
aku: yayyy! awak lagi teruk dari kita.yahoo.

Adah nak kawin.so tolong dia siapkan barang barang goodie bag dia, hantarans dia.konon nak belajar macam macam la.buat bunga ke, buat reben ke, mintak tips ke.eh? baik tak kawan macam ni? baik kan.hehe so inilah dinamakan mini rewang!



so kami tolong dia siapkan goodie bag dia.bukan 'bag' actually.tapi nama dia.goodie box.haha.sukahati aku je.sebab untuk tetamu.adah bagi dalam box.dia ada 2 jenis.lelaki dan perempuan.lain tau.untuk tetamu perempuan dapat bakul.untuk tetamu lelaki dapat box.so kiranya kami siapkan goodie box untuk tetamu lelaki.Adah cakap kalau nak dapat box.bawaklah lelaki.sedara ke.jiran ke.kawan ke.pakwe ke.

okay.adah mengamalkan DIY.semua DIY.dari bunga tangan sampailah jahit sulam kat baju.tapi mak dia lah yang buat.kekeke.dia tolong jugak.tapi tak semua lah.macam sulam kat baju tu.memang mak dia lah.kalau dia buat.hancur baju tu nanti katanya.



tema dia warna oyen.so goodie box ni pun ada oyen.kami berdua tolong masukkan coklat..ada tiga jenis coklat kat dalam kotak tu.dengan nisbah 2:1:2 so jumlah coklat dalam kotak itu adalah lima.untuk bukan peminat coklat macam aku ni.pandang pun tak ada feeling.kerja hani adalah masukkan coklat dalam kotak kecik tu.sungguh productive kerja hani.haha.nak kejar target katanya.amboihh.



so kerja aku gam kan penjuru kotak yang dah isi coklat tu.dan tutup dengan penutup dan masukkan ke dalam kotak besar.begitulah citer kojenyer.percaya atau tidak.kotak kecik kecik ni.adah and famili yang buat sendiri decorationnya.gigih kan dia? macam aku cakap sebelum ni lah.semua DIY.persiapan dah lama dah.dan dia nasihat.tak payah buat decoration macam ni.sebab sure pengsan.dan dia suggest buat benda lain.haha.



ini hani.she's taken.kekeke.bekerja sebagai editor dekat cerdik publication kot.entah.lupa.hehe.dia tenang jugak.aku selalu refer dia jugak kalau ada masalah.hehe.hani adalah pengapit Adah masa hari kejadian.dia berpengalaman menjadi pengapit.masuk kenduri Adah.adalah pengalaman kedua dia.dia kata best jadi pengapit.sebab lepas majlis ramai orang merisik kabar pasal pengapit.kekekeke.perasan la yu ni! hahaha.

so aku berkira kira.bila turn aku nanti.aku nak buat interview.sape berpengalaman jadi pengapit.baru qualified.haha.over kan? ini semua poyo la ecah! hahaha

kadang kadang aku rasa hani macam siti nurhalija pulak perwatakan dia.ewah.lagi macam siapa eh? lupa sudah.statement macam siti nurhalija tu kawan aku dari sekolah pulak kan.hahaha.dia ada ajar tuisyen.dia ajar darjah 2, 4 dan tingkatan 3.aku terus

woah.tingkatan 3?? i loike~.haha terbeliak terus mata aku.

so macam macam la dia citer pengalaman jadi cikgu dia.so ada satu tu.dia tanya budak darjah 4.oh ya.sebelum tu.pusat tuisyen ni ramai lelaki katanya.so dia ada tanya student dia.

hani: semua suka tak subjek sains??
murid murid: sukaaa
hani: kenapa suka??
murid murid: sebab cikgu cantikkkkkk

aku yakin hani terus kembang bermangkuk mangkuk.sebab syok je dia citer.hahaha dan sebab tu keazaman untuk mengajar menjadi lebih bersemangat bangat.lebih lebih lagi kepada murid murid tahun empat.hahaha.

yang syioknya menolong ni.kami dapat makan jugak! mak adah rajin masak macam macam.so kami disajikan rojak buah.serius sedap gilers rojak buah tu.masa ni.production berkurang.sebab kerja menjadi kurang productive.sebab masa ni 80% makan 20% kerja.lepas makan rojak.disajikan ais kerim oreo pulak.aish.serius sangat sedap! semua sedap! ni yang rasa nak datang next week lagi ni.hahaha.teruk betei.

sepanjang menolong Adah.macam macam isu kami ketengahkan.ewah.dia ada la citer kat aku cemana dia kenal dengan bakal suami dia suma.dan aku terus tanya soalan.contoh.

"Dalam tempoh 6 bulan kenal masa kursus tu? ada apa apa hubungan istimewa tak?"

amboih soalan.sungguh paparazi la iolls ni.hahaha.aku pun geli dengan soalan aku tanya.euw.

Adah pesan untuk carik suami yang ada agama.yang boleh imamkan kita.cukup sembahyang especially.jangan main rupa je.rupa tak menjamin kekuatan agama seseorang.rockers pun cukup sembahyang pe.carik seseorang yang serius tentang hidupnya.bukan yang tau nak enjoice je.tak ada matlamat hidup.

ingat itu ecah! kami berdua beria sama sama angguk kepala.betul betul betull.



mak adah sempat tanya aku bila.hani terlepas soalan cepumas ni.sebab pergi solat.so aku just jawab..

"Coming soon.ewah.hehe"

jawapan selamat untuk soalan tak berapa nak selamat.membanggakan.kami siapkan 5 kotak dari 7 kotak.betul kan 5? ok kalau tak betul ai will edit balik lah dis part.hahaha.

so balik tu.mintak hani teman ai pi meden jap.belikan baju sekolah syira.syira? ai pening dengan adik bongsu aku ni.aiiii.pening sampai rasa tak nak kawin.sebab pening.hahaha.boleh tak macam tu? so kami sempatlah tanya tanya kabar kawan kawan meden dulu.sebelum tu dah citer dulu.ketabahan kami kerja kat meden untuk 4 bulan.so boleh la cakap yang kami ni tahan tekanan.ewah! buat kesimpulan diri sendiri pulok.

pastu balik hantar hani depan rumah.hani menolak.

hani: eh tak ape.leh tepi je.nanti tak payah susah awak nak pusing.
aku : pusing? pusing mana? nanti kita lalu la kat tengah tu je la.boleh lalu kan?
hani: eh.aah laaa.hahaha
aku: eish awak ni...aiii.pening laa awak ni.penin penin penin!hahahaha.
hani: ala kita ingat tak nak susahkan je.
aku: hahahaha.pening la! pening! pening! hahahaha.

dan aku berjaya hantar dia betul betul depan gate rumah dia.lawak gila ok.ahad ni pergi lagi aktiviti mini rewang ni.Insya Allah.adah kawin 9hb3 so kehadiran aku jadi 50:50 sebab abang faraha pun kawin during that time.maybe aku pulang ke ipoh la kot.sebab dah berjanji dulu.so kalau tak datang wedding adah ni.kita tinggalkan hasil kerja pun.owrait jugok.kan?

tiada ape yang lebih bahagia bila tahu yang hani lebih kalut dari aku.serius.ini mendatangkan bahagia.hahaha.




bergambar bersama bakal pengantin.which is Syuhadah.yang tengah tu Adah.selamat pengantin baru in advance.hani will follow you soon.kekeke.sukahati aku je.

xoxo.

2 comments: